Wednesday 27 June 2012

Pas Kedah luluskan pusat hiburan baru??





ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum..." katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. - Bernama


Tu dia...dekat bulan puasa ni bukannya nak kurangkan hiburan dan maksiat tapi ditambah lagi ada.Syabas buat Pas Kedah kerana membuktikan bahawa Pas adalah pencacai Dap.Buat penyokong pas apa lagi hampa tunggu takbirlah...ALLAHUAKBAR!!Nanti lepas bukak puasa kita pakat-pakat pi clubbing.he he he...

Monday 25 June 2012

Adun Merbau Pulas takut??

Untuk membela diri mereka,kerajaan negeri Kedah telah merancang untuk menghantar Adun Merbau Pulas iaitu Aishah Abdul Ghani untuk berceramah di Sungai Kob.Namun acara itu dibatalkan kerana orang-orang kampung dah bersedia untuk menyerbu Adun tersebut.Acara itu dirancang untuk membuktikan yang Kerajaan Negeri tidak bersalah dalam hal pembinaan memorial park oleh prestavest di atas tanah rezab melayu.





Ceramah tersebut pada mulanya bertujuan untuk menyalahkan kerajaan BN yang terdahulu yang kononnya meluluskan projek tersebut.Namun semua orang tahu Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa mutlak dalam hal tersebut.Jadi ceramah itu pun dibatalkan sebab mereka tahu yang sudah tak dak lagi benda depa nak membohong penduduk kampung.

Memorial park masih berjalan??

Nampaknya isu ni makin berterusan,walaupun dah di keluarkan perintah mahkamah,pembinaan kubur tetap diteruskan.SPRM pulak dikatakan telah mula siasatan,tapi Prestavest tetap dok terus membina.







Jadi pasai apa depa ni berani sangat,adakah sebab ada pihak yang menyebelahi mereka?atau sebab tak dak sapa yang berani melawan depa?Atau pihak berkuasa aka kerajaan negeri tidak membuat apa-apa usaha untuk menghalang dan membela penduduk kampung yang rata-ratanya orang pas untuk menjaga kepentingan politik depa.Apakah orang-orang kampung ini hanya dicari bila mereka diperlukan saja dan bila mereka memerlukan mereka akan dibiarkan.  

Apa yang penting,orang-orang kampung tidak akan berdiam saja.Mereka takkan biarkan tempat kelahiran mereka digunakan untuk kepentingan orang lain...

Sunday 24 June 2012

Sg Kob....apa dah jadi??

Macam mana la ni,kampung melayu kubur cina.Tak pernah orang buat selama ni.Jadi salah sapa sebenarnya?Orang kampung?Pasai apa depa salah pulak...Pemaju?Dah telah lah salah.Tapi takkan salah pemaju saja kot?...Jom kita tengok.



Sungai kob ni majoritinya melayu...kampung melayu...tau tau diluluskan projek ni.Jadi orang kampung pun pi la berdemo nak bantah projek tak masuk akal ni.





                                                                                                          

Bila dah cara aman tak buleh,depa pun melawak kasar sikit,hasilnya dua orang pekerja Prestavest pi melawat hospital.Sorang lebam bijik mata sorang lagi terkoyak pipi.











Persoalannya la ni,sapa yang luluskan projek ni?Ada yang kata BN,ada yang kata PR.Yang penting la ni,pakatan rakyat senyap saja,depa sepatutnya kena tunjuk hero,terutama parti yang satu tu.Kalau isu peringkat negeri pun tak buleh handle,tak payah la pikir nak perintah negara....